Ketinggian Budi
Ciri-ciri pelajar yang berbudi
1.Lemah lembut
Lawan kepada lemah lembut ialah kasar, keras, bengis,baran, mudah naik berang, menengking, herdik, marah-marah. Kadang-kadang manusia menolak nasihat dan tunjuk ajar itu berpunca dari sikap keras dan kasar.Tuhan memerintahkan kepada Nabi Musa a.s. supaya berlemah lembut terhadap Firaun dengan harapan hati Firaun menjadi lembut dan dapat menerima kebenaran.Berdasarkan perintah Tuhan kepada Nabi Musa a.s. itu ada dinyatakan bahawa kebenaran dihubungkan dengan sikap lemah-lembut. Ertinya kebenaran yang juga diingini oleh fitrah semula jadi manusia itu mestilah juga melalui jalan yang disukai oleh fitrah iaitu sifat lemah lembut.
2. Lunak dalam berkata-kata
Kata-kata yang lunak dengan bahasa yang indah, ayat yang tersusun, isi yang padat dan bernas dapat memukau dan menjinakkan hati manusia.Lawan kepada perkataan lunak ialah caci maki, sumpah seranah, menengking, herdik, meninggi suara, perkataan kesat, lantang dan memperlekehkan.Dalam keadaan begini orang akan menjauhkan diri. Biarpun mungkin tidak berani atau tidak berpeluang menjawab kembali, namun orang lain akan mendiamkan diri dan memendam rasa. Mungkin secara lahirnya masih dekat namun sudah jauh dari sudut hati dan perasaan.
3. Pemaaf
Tuhan amat luas rahmat-Nya berbanding kemurkaanNya. Salah satu rahmat Tuhan ke atas hamba-Nya ialah melalui sifat Pengampun dan PemaafNya.Kita sendiri dapat rasakan betapa seksanya perasaan andainya ada orang yang tidak mahu memaafkan kesalahan kita. Sebab itulah ajaran Islam sangat menganjurkan saling meminta maaf bagi yang bersalah dan memberi maaf kepada yang bersalah.Begitulah indahnya ajaran Tuhan yang menganjurkan sifat pemaaf, hingga sanggup ke tahap memaafkan orang yang membunuh, iaitu berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita.Ganjaran besar dari Tuhan yang menanti di Akhirat kelak ialah ‘bighairi-hisab’, iaitu masuk Syurga tanpa hisab.
4. Mengasihi orang lain seperti mengasihi diri sendiri.
Sikap begini amat mudah disebut tetapi amat sukar untuk dipraktikkan. Ini kerana kita berada di zaman manusia sudah amat mencintai duniawi. Mencintai duniawi menjadikan manusia mementingkan diri sendiri.Manusia yang mencintai Tuhan dan mengutamakan Akhirat sahaja yang lenyap kepentingan diri dan mengasihi orang lain seolah- olah orang lain itu adalah sebahagian daripada dirinya.Bahkan Rasulullah SAW dan para sahabat bersikap lebih istimewa daripada itu iaitu lebih mencintai, mengasihi, mementingkan dan mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri.Sikap ini akan dapat dilihat bila mana seseorang itu apa yang dia inginkan kepada dirinya begitulah dia inginkan kepada orang lain. Kegembiraan orang lain adalah kegembiraan dirinya. Apa yang mendukacitakan orang lain itu juga perasaannya. Kalau dia mahu berjaya dan hidup bahagia, maka itu juga yang diharapkan berlaku kepada orang lain. Kalau dia mahukan iman dan taqwa, dia juga mengusahakan orang lain untuk turut beriman dan bertaqwa. Kalau dia mahukan keselamatan dunia dan Akhirat maka dia juga turut berjuang untuk keselamatan orang lain.
5. Bela membela
Apabila adanya perasaan kasih kepada orang lain itu sama seperti mengasihi diri sendiri, maka buahnya ialah sangat bela membela. seperti saling memberi nasihat dan peringatan, saling berkongsi perasaan dan saling doa mendoa. Salah satu doa yang sangat makbul ialah apabila doa yang kita pohon untuk diri itu dipanjatkan kepada Tuhan untuk orang lain.Sehingga ada keterangan dalam Hadis Qudsi yang bermaksud kira-kira:“Seseorang yang berdoa untuk orang lain, Tuhan makbulkan untuk dirinya sebelum dia mengangkat tangan untuk berdoa.”Pembelaan dalam aspek lahiriah, apa yang berlaku dalam sejarah, para sahabat sanggup bergalang ganti nyawa sesama mereka. Mereka merasakan orang lain lebih berhak untuk hidup berbanding diri sendiri.
6. Saling prihatin
Dalam masyarakat yang berkasih sayang, mereka sangat peka dengan keadaan orang lain. Sering bertanya khabar, jenguk menjenguk, saling mengambil tahu situasi dan nasib kehidupan orang lain.Makanan yang dimakan setiap hari, pakaian yang membalut tubuh, rumah yang selesa, kereta yang dinaiki, semuanya menjadikan akalnya berfikir terhadap nasib mereka yang terlibat menyediakannya. Hati dan perasaan sering diusik oleh rasa terhutang budi dan jasa. Kalau pun tidak berpeluang membalasnya, paling kurang didoakan ke atas mereka semua
7. Tidak Berprasangka BURUK
Tidak dapat dinafikan jika kita telah terlanjur kata, tersalah bahasa, terjaja fitnah kesukaran serta keinginan untuk memperbetulkan kembali kesalahan yg diungkapkan amat berat sekali. Walaupun sifat mengakui kesilapan ataupun kesalahan ("berlapang dada") itu amat dituntut didalam Islam, bagi orang-orang yg merasakan golongan mereka lebih amalnya, lebih alimnya, lebih baiknya; keutamaan untuk bersifat demikian amatlah jarang sekali diterjamahkan kepada khalayak umum ataupun orang-orang kebiasaan. Kekadang mereka lebih rela meminta maaf dan mengakui kesilapan terhadap Pemerintah yg zalim kpd mereka.Fenomena ini disokong penuh oleh sifat Berprasangka Buruk terhadap orang/kumpulan lain yg disangkakan mereka boleh membunuh kerier perjuangan mereka. Bermacam madah, peringatan al-quran dan peringatan Nabi s.a.w.(termasuk yg palsu) dikeluarkan semata-mata untuk menyatakn; "pendirian mereka adalah pendirian yg benar dan tidak ada lg yg benar melainkan mereka saja yg benar." Bersama-sama lah kita supaya mengikis sifat Berprasangka Buruk terhadap orang lain (terutama terhadap saudara seagama) agar kelak diakhirat kita tidak seperti orang yg dikeluarkan perut ususnya sambil berjalan-jalan mengheret tali-temali usus perutnya diatas bara api neraka. Ataupun dengan perkataan lebih mudah "cermin lah dirimu dulu sahabat, sebelum menasihati orang lain..."
8. Tiada Sikap Ego
Dalam islam sikap ego itu tergolong dalam syirik khofi ( syirik yang tersembunyi ).Sikap ego atau menyombong diri ataupun lbh jelas merasa diri hebat berbanding orang dapat dilihat daripada percakapan, PENULISAN, pergaulan dan sebagainya.Orang yang mempunyai sikap tidak elok ini sering merasakan dirinya adalah segala-galanya, maksudnya dia merasakan apa yang dihujah, diperkatakan adalah benara dan menolak sama sekali ilmu-ilmu Allah yang datang dari orang lain. Dia sepatutnya berkongsi ilmu masing-masing bukan menolak semuanya.Kebanyakkan orang yang memiliki sifat mazmumah ini akan merasakan dirinya sentiasa benar dan rasa tercabar jika orang lain melebihanya. Maka timbullah iri hati dan fitnah-memfitnah termasuklah dengan mendakwa kononnya orang itu sesat, dakyah MEMBAWA HADITH PALSU dan sebagainya
9. Tidak Memutar-Belitkan Kebenaran
Ternyata dalam kehidupan seharian, sikap MEMUTAR-BELITKAN kebenaran semakin menjadi-jadi dikalangan kita dewasa ini
10.Tidak Menyalahkan Orang Lain
Kekadang dalam menyampaikan sesuatu nasihat itu, kita terlupa yg kita yang sebenar-benarnya memerlukan nasihat itu. Lantas dgn kealfaan yg tersemai akibat sifat lupa-diri itu menyebabkan kita sering menyalahkan orang lain walaupun zahir mnyatakan kepada umum bahawa tujuan kita bukan untuk melemparkan tuduhan hakikatnya tuduhanlah yang ingin dihasratkan dan diungkapkan di dalam hati dangkalnya.Sikap inilah yang menyebabkan "ciri-ciri orang berkasih sayang" yang ingin diutarakan sekadar omongan kosong belaka disebabkan wujudnya petunjuk keengganan si pemula tajuk untuk menerima nasihat secara jujur dan ikhlas. Lantas berbagai cara dipergunakan untuk menempis segala nasihat jujur yg diutarakan disebabkan semata-mata untuk tidak mengaku dan memohon maaf terhadap kenyataan/fitnah yang telah disebarkan sedikit masa dulu. Antara nya cuba menarik perhatian orang lain seolah-olah dia adalah seorang insan yg tidak pernah melakukan kesalahan ataupun tidak pernah menabur fitnah sebaliknya orang yang cuba menasihatinya secara berhemah di tuduh sebaliknya.
Mengenang budi dan jasaOrang yang memiliki sifat kasih sayang sanggup membalas kejahatan dengan kebaikan. Orang yang memusuhinya didoakan agar diberi petunjuk dan pimpinan Tuhan.Betapalah terhadap orang yang berbudi dan berjasa, tentu lebih-lebih lagi dikenangnya hingga akhir hayat.Siapa sebenarnya yang berbudi dan berjasa kepada kita?Terdapat dua kelompok iaitu yang secara langsung, diketahui dan disedari dan dapat dirasai yang mereka itu berbudi dan berjasa kepada diri kita.Antaranya ialah ibu dan ayah,guru-guru, pemimpin, pemandu, tukang rumah, pembantu rumah, tukang kebun.Satu kelompok lagi yang tidak terkira ramainya dan berlaku tanpa disedari, tidak secara langsung dan kadang-kadang tidak dapat dirasai jasa mereka. Jasa mereka tidak ketara. Antaranya ialah petani, nelayan, buruh pengangkat sampah, elektrik dan air yang tersalur ke rumah, pakaian, kenderaan, kemudahan infra-struktur dan sebagainya.Lantaran itulah maka amat wajar memberi kasih sayang kepada semua orang kerana mungkin mereka semua terlibat berjasa kepada kita secara tidak langsung.Buah daripada sifat kasih sayang ini maka lahirlah masyarakat yang sangat memiliki rasa bersama dan bekerjasama, bertolong bantu, berlapang dada dan bertolak ansur antara satu sama lain, tidak menyinggung perasaan orang lain atau tidak mengguris hati.Tidak mudah ‘merempuh’ sebarangan terhadap perbezaan pendapat.Tawadhuk, tidak ego, tidak sombong dan tidak mementingkan diri, kerana merasakan bahawa tiada siapa dapat hidup sendirian melainkan sandar menyandar, saling memerlukan, saling berbudi dan berjasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sila komen
Post a Comment